baru-baru ini aku ada dengar tazkirah kat masjid sekolah, hati aku tersentuh.. aku mula berfikir betapa jauhnya aku dengan Nabi S.A.W.. aku berfikit betapa besarnya pengorbanan Nabi untuk umatnya..
kata tuan yang beri tazkirah, 'pernahkah kita berlapar 3 tahun untuk agama?' aku geleng..
tuan tazkirah tanya lagi 'pernahkah kita berlapar 1 bulan sebab agama?'
aku tunduk dan berfikir, 'puasa?? puasakan sebulan?'
tuan tazkirah tanya lagi 'pernahkah kita berlapar 1 hari sebab agama??' hati aku sebak tiba-tiba..
lalu tuan tazkirah bersuara lagi 'pernahkah anda berfikir untuk berlapar seketika sebab agama?'
dan waktu itu air mataku hampir-hampir menitis..
aku mula berfikir lagi, 'pernahkah??'
bukankah Nabi suatu ketika dahulu pernah berlapar untuk umatnya?? walaupun baginda tahu rahmat Allah itu akan sentiasa ada untuknya..
bukankah Baginda pernah menangis kerana umatnya?? kerana risaukan umatnya??
bukankah baginda pernah cedera hanya kerana ingin kesejahteraan untuk umatnya??
bukankah baginda pernah menceritakan betapa bimbangnya baginda terhadap keselamatan umatnya di hari akhirat nanti??
aku berfikir lagi, pernahkah aku menangis untuk menemui baginda?? mendakap baginda??
dan waktu itu aku mula tersedar, betapa jauhnya aku dari baginda...
dan pada waktu itu aku mula berselawat, cuma sebaris dan tiba-tiba aku teringat wasiat baginda,
'seandainya kamu berselawat kepada ku 1 kali, para malaikat akan berselawat kepadamu sebanyak 10 kali..'
dan waktu itu aku tersenyum lebar, dan aku mula berbisik betapa sayangnya Rasulallah kepada kita..
Things you should know before reading from here is.. I'm no good in everything, even writing. Even the way i speak still corrected by my mother.
Thursday, 27 August 2015
Wednesday, 26 August 2015
jangan, jangan dan jangan.. apa rasionalnya??
Jangan potong kuku malam-malam, nanti kena bala..
hmm, ayat tu sering kali aku dengar dari mulut nenek, makcik-makcik atau dari mulut sepupu dan semestinya dari mulut aku sendiri..
waktu keci-kecil dulu aku selalu ikut nasihat yang pada pandangan ahli agama agak khurafat. Ya, perkataan itu boleh membawa kepada dosa khurafat sebenarnya.
Tapi dua tiga tahun kebelakangan ini aku mula berfikir, kenapa nenek selau cakap benda tu?? dan aku mula mendapat rasional disebaliknya..
Bila kita kaji kehidupan nenek moyang kita dahulu, sangat jauh berbeza dengan kehidupan kita sekarang. Dulu mereka semua mandi kat sungai, minum pakai air sungai atau air telaga (perigi) bekalan elektrik tak ada, malam pakai cahaya pelita. Dan semestinya cahaya dari pelita tu tak lah terang mana, cukup sebagai penunjuk jalan je..
Setahu aku, nenek dulu tak pakai potong kuku bila nak potong kuku, dorang guna pisau je, mungkin sebab keadaan itulah nenek selalu cakap, tak boleh potong kuku malam, nanti kena bala.
Cuba kita renung, bukan bala yang dimaksudkan oleh mereka sebenarnya, tapi lebih kepada menjaga keselamatan kita, dulu bila malam sangat gelap ada lampu pun cuma dari pelita saja, potong kuku pun tak ada. Cuba bayangkan jika kita berada dalam situasi itu, mungkin kita akan terpotong jari, mungkin tak teruk, tapi mesti sakit kan??
jadi, fikir-fikirkan...

Monday, 24 August 2015
aku menulis untuk meluahkan rasa. mungkin ada dalam kalangan kita yang berfikiran lebih hebat dari aku, tapi aku sedang cuba untuk menjadi diriku sendiri. menjadi diriku tidak susah, aku cuma perlu tesenyum bila gembira dan ketawa bila marah serta menangis bila sedih..
mungkin ada yang tertanya, kenapa perlu ketawa bila marah?? jawapanku senang, bukankah marah itu sifatnya api?? buat apa nak lawan dengan api juga?? senangkan??
mungkin perkara tu semua orang dah tahu, aku cuma mahu kongsikan pada yang belum tahu dan ingatkan pada yang sedia tahu..

Subscribe to:
Posts (Atom)