Thursday, 27 August 2015

sacebis rasa sayangnya nabi kepada kita

baru-baru ini aku ada dengar  tazkirah kat masjid sekolah, hati aku tersentuh.. aku mula berfikir betapa jauhnya aku dengan Nabi S.A.W.. aku berfikit betapa besarnya pengorbanan Nabi untuk umatnya..
kata tuan yang beri tazkirah, 'pernahkah kita berlapar 3 tahun untuk agama?' aku geleng..
tuan tazkirah tanya lagi 'pernahkah kita berlapar 1 bulan sebab agama?'
aku tunduk dan berfikir, 'puasa?? puasakan sebulan?'
tuan tazkirah tanya lagi 'pernahkah kita berlapar 1 hari sebab agama??' hati aku sebak tiba-tiba..
lalu tuan tazkirah bersuara lagi 'pernahkah  anda berfikir untuk berlapar seketika sebab agama?'
dan waktu itu air mataku hampir-hampir menitis..
aku mula berfikir lagi, 'pernahkah??'
bukankah Nabi suatu ketika dahulu pernah berlapar untuk umatnya?? walaupun baginda tahu rahmat Allah itu akan sentiasa ada untuknya..
bukankah Baginda pernah menangis kerana umatnya?? kerana risaukan umatnya??
bukankah baginda pernah cedera hanya kerana ingin kesejahteraan untuk umatnya??
bukankah baginda pernah menceritakan betapa bimbangnya baginda terhadap keselamatan umatnya di hari akhirat nanti??
aku berfikir lagi, pernahkah aku menangis untuk  menemui baginda?? mendakap baginda??
dan waktu itu aku mula tersedar, betapa jauhnya aku  dari baginda...
dan pada waktu itu aku mula berselawat, cuma sebaris dan tiba-tiba aku  teringat wasiat baginda,
'seandainya kamu berselawat kepada ku 1 kali, para malaikat akan berselawat kepadamu sebanyak 10 kali..'
dan waktu itu aku tersenyum lebar, dan aku mula berbisik betapa sayangnya Rasulallah kepada kita..

No comments:

Post a Comment