Bila sahaja azan dilaungkan, wajiblah kita tahu bahawa seorang BILAL telah meneruskan perjuangan seorang yang dahulunya dikenali dengan nama BILAL BIN RABAH. Siapakah dia?
Bilal merupakan seorang hamba yang dimiliki oleh Umaiyyah bin Khalaf. Yang pada awal penghijraannya kepada Islam mendapat tentangan yang amat dasyat daripada tuannya. Dijemur di bawah teriknya mentari, kulit tersiat dek tajamnya bebatuan, dada dihimpit dengah sebongkah batu yang besar, namun iman tetap tersemat dihatinya.
"AHAD... AHAD... AHAD.." Itu kata-kata keramat yang keluar daripada mulut si hitam ini.
Bila mana Abu Bakar telah membebaskan Bilal, dengan gembiranya dia tanpa sebarang paksaan segera berkhidmat untuk agama Islam. Bilal telah mengikuti perjalanan hijrah bersama Rasulullah dan sahabat yang lainnya.
Sampai di Madinah, Islam berkembang tanpa ada sebarang halangan sebagaimana yang terjadi di tanah Makkah. Di tempat itu jugalah Bilal dilantik sebagai MUAZZIN yang pertama oleh Rasulullag SAW sendiri. Penduduk Madinah pada ketika itu, bila saja Bilal melaungkan azzan, maka berduyunlah mereka meninggalkan segala apa yang mereka kerjakan semata-mata ingin menghadap Yang Maha Esa.
Dalam satu riwayat telah disebutkan bahawa, Bilal tidak dapat melaungkan azzan selama beberapa ketika kerana beliau terpaksa pergi ke satu tempat yang jauh. Lalu Rasulullah didatangi oleh Malikat Jibril A.S. lalu bertanya kepada baginda:
"Ya Rasulullah! Sudah berapa hari aku tidak mendengar azzan dilaungkan" Lalu Rasulullah berkata:
" Janganlah kamu berkata begitu wahai Jibril, sesungguhnya umatku sekali-kali tidak meninggalkan suruhan Allah" Lau Jibril memberitahu kepada Rasulullah bahawa suara yang sering melaungkan azzan, memuji kebesaran Allah sudah tidak kedengaran lagi, kerana itulah Jibril turun ke Bumi dan bertanya sendiri kepada Rasulullah. Ternyata, laungan azzan yang dilaungkan oleh Bilal sampai ke Arasy.
Dan sewaktu hari pembukaan Makkah, sekali lagi darjat Bilal ini diangkat oleh Rasulullah. Bilamana Rasulullah dengan sendirinya mengarahkan Bilal naik ke atas Ka'bah dan melaungkan kalimah suci yang memuji kebesaran Allah S.W.T. Dan pada ketika itu, bercucuranlah air mata kaum Muslimin kerana untuk pertama kalinya laungan itu kedengaran di tanah kelahiran Rasulullah sendiri.
Saat dunia dikejutkan dengan kewafatan Rasulullah, umat Islam juga kecoh dengan penghijraan yang dibuat oleh muazzin yang ulung ini. Tahun demi tahun membawa diri, akhirnya terpujuk jua dengan pujukan daripada Khalifah Umar Al-Khattab.
Permintaan untuk melaungkan azzan ditolak oleh bekar hamba ini. Pun begitu, atas pujukan daripada Hassan dan Hussin cucu Rasulullah, akhirnya Bilal naik ke atas mimbar lalu melaungkan kalimah kebesaran itu.
"ALLAHUAKBAR.. ALLAHUAKBAR.."
Mendengar lantunan suara itu seluruh kaum Muslimin tercengang. Mereka tahu, kesayangan Rasulullah telah kembali.
Dan bila Bilal bersaksi bahawa tiada TUHAN selain ALLAH maka seluruh umat Islam menangis tersedu-sedu.
Namun bila sahaja nama Nabi Muhammad mula disebut, Bilal berhenti dan menanggis umpama bayi kecil. Beliau menanggis umpama kematian telah berada dihadapan matanya. Lalu para sahabat bertanya:
"Kenapa kamu menangis Bilal, apa yang menganggumu? Kenapa kamu berhenti melaungkan azzan?"
Lalu dengan tangisan yang masih bersisa Bilal menjawab:
" Bagaimana aku dapat meneruskan laungan itu? Bila sahaja nama kekasihku meluncur dari lidah ini, aku bagai terbayang betapa indahnya wajah itu merenung umatnya. Bagaimana aku dapat meneruskan laungan ini, bila mataku seakan terbayang kekasihku sedang merenungku, menunggu aku untuk berjemaah bersamanya.."
SUBAHANALLAH... Betapa cintanya Bilal ini kepada Rasulullah. Hinggakan hatinya tidak pernah sedetik pun melupakan baginda. Siapakah lagi selepas si hitam ini yang dapat melaungkan azzan hinggakan para malaikat sentiasa merindui suara itu.. Siapakah??
No comments:
Post a Comment